Pages

Wednesday, 3 December 2014

3 Days to go

Assalamualaikum..

Tak lama dah nak tiba hari merisik. Apa pandangan korang kalau saya rasa macam "lambatnya la nak smpai ari sabtu ni"? Gubahan baru 1 je yang dah siap. Buah & kek tak boleh buat awal-awal nnti buah jadi kecut, kek tak sedap pulak peram lama-lama. Nak jimat kos buat sendiri jela kek. Nampak tak kerajinan saya di situ? (hohohoho gelak jahat).

Esok Khamis, lepas tu jumaat & sabtu. Hurm...Jumaat terpaksa cuti sebab banyak tempat nak kena pegi. Ambik tok, beli barang-barang masak.

Dari semalam lagi duk terpikir. Kalau merisik kena pakai baju apa? Pakai baju kurung biasa ke kena pakai lawa-lawa? Lagi satu, kena keluar masa diaorang bincang ke tak? Sarung cincin ke tak? Sebab kitaorang ni tak bertunang pun. Cuma merisik dan terus nikah je bila dah tetap tarikh. Jadi, masa merisik memang 3 buah kereta jugak la yang datang sebelah pihak Saro. Harap-harap muat la rumah saya ni. <3