Pages

Wednesday, 3 December 2014

3 Days to go

Assalamualaikum..

Tak lama dah nak tiba hari merisik. Apa pandangan korang kalau saya rasa macam "lambatnya la nak smpai ari sabtu ni"? Gubahan baru 1 je yang dah siap. Buah & kek tak boleh buat awal-awal nnti buah jadi kecut, kek tak sedap pulak peram lama-lama. Nak jimat kos buat sendiri jela kek. Nampak tak kerajinan saya di situ? (hohohoho gelak jahat).

Esok Khamis, lepas tu jumaat & sabtu. Hurm...Jumaat terpaksa cuti sebab banyak tempat nak kena pegi. Ambik tok, beli barang-barang masak.

Dari semalam lagi duk terpikir. Kalau merisik kena pakai baju apa? Pakai baju kurung biasa ke kena pakai lawa-lawa? Lagi satu, kena keluar masa diaorang bincang ke tak? Sarung cincin ke tak? Sebab kitaorang ni tak bertunang pun. Cuma merisik dan terus nikah je bila dah tetap tarikh. Jadi, masa merisik memang 3 buah kereta jugak la yang datang sebelah pihak Saro. Harap-harap muat la rumah saya ni. <3

Monday, 17 November 2014

Conflict of Emotions

Assalamualaikum...

First of all nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca dan intai blog ni..walaupun tak seberapa & tak berapa kreatif sangat. Enjoy... :)

Sekarang baru ada feel nak isi blog ni dengan macam-macam. Al-maklum la lagi beberapa bulan nak mencapai impian setiap insan. Sekarang macam-macam perasaan yang sue rasa. Gembira, teruja, berdebar, rasa macam tak percaya dah nk kawin. Memang macam tu ke perasaan sebelum bergelar isteri? Cewah! ISTERI!! 

Buat masa ni mmg kena banyak buat survey pasal semua benda. Pening kepala fikir. Bak kata office matte, persiapan punye la makan masa 1 tahun, tapi masa yang sebenarnya hanya beberapa jam je. In Shaa Allah kalau ada masa & rajin untuk menaip sue akan update lagi blog ni dengan persiapan-persiapan yang sepatutnya. Tata Titi Tutu...